Friday, 29 July 2016

Al-Haura Arabic Kopitiam

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, harini berkesempatan bersama2 dengan famili untuk pergi mencuba nasi arab AL HAURA ARABIC KOPITIAM yang femes tu. Melilau jugak la nak cari tempat, jalan sehala, jalan no entry semua kami redah.

Dah lama tak merasa nasi arab last perkena masa zaman sekolah dulu.. Kesian.kesian.kesian.. sebelum ni asyik bunyi nak makan je, tapi bila ada jamuan yang menghidangkan nasi arab, makanan lain jugak yang menarik perhatian. hihi.

kali ni memang kami sebat bebetul.. ada orang lanjer beb! hihihi makaceh~ 


Al Haura Arabic Kopitiam.
Alamat: 32B, Lorong BLM 1/4, 
Bandar Laguna Merbok.08000 Sungai Petani,Kedah.
012-740 0419
atau
016-802 0419
Waktu Operasi:
Sabtu - Khamis: 12 tgh hari hingga 11 malam.
Jumaat: 2.30 ptg hingga 12 malam.



makanan sampai je terus bergambar tak sudah. kejap ke kiri, kejap ke kanan.. belom masuk lagi dengan angle, lighting, front camera yang tak berapa kena.. adehhh.. yang paling tak menahan perut yang sedari tadi berkeroncong still boleh bersabar. hahaha.



Nasi Arab Ayam 
saiz M untuk 4-5 orang makan..

kami ambek set talam sebab ter-excited dengan cara makan dalam talam tu, padahal kat belakang kami mintak pinggan jugak.. hihihi.. even ber-enam, tapi jenuh berhuhu jugak laa last sekali nak menghabiskan. haha nasi dya sedap dan banyak, isi ayam pon siap boleh meratah sorang sikit.

husna kalau makan apa pon mesti nak kena ada sayur, walaupun hanya sepotong timun dan sekeping salad yang orang letak sebagai hiasan tu.. cakap pasal sayur, salata diorang boleh tahan sedap, licin husna kerjakan.. and end of the day memasing keluar dengan perut boyot muka kekenyangan..:D

after all, inshaAllah ada rezeki boleh repeat lagi.. maybe dengan family husna..:)

No comments:

Post a Comment