Monday, 8 August 2016

JAMUAN Raya di ALHAURA ARABIC KOPITIAM

Terima Kasih kepada semua tetamu yang sudi bertandang ke Jamuan Riang Ria Raya yang berlangsung di Premis perniagaan kami Di Lguna Merbok Sungai petani pada 5 Ogos 2016 yang lalu. Sekiranya berlaku sebarang kekurangan kami mohon jutaan kemaafan.


Disini kami nukilankan rentetan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Nasi Arab Alhaura: Hidangan Istimewa kami khas untuk tetamu.

Tetamu muslimat sedang beratur untuk mendapatkan hidangan Makanan Nasi Arab Alhaura.

Tetamu beratur di port Satey.

Satey Terbaik.


Memang puji rakyat kita tak rebut-rebut semasa mengambil makanan. Semua steady jer..

Port untuk Lemang, Nasi Impit, Cucuq Udang, dan lain-lain. 

Port Aiskrim:
Hasil didikan ibu bapa yang betul. Anak-anak pon ikut teladan.
baik-baik jer beratur.



Panas tu bang.. depan sikit.. bagi laluan adik kat belakang tu..
Selamat menjamu serela.. harap kambing ada lagi.. :)

Satey..Satey.. Satey.. banyaknya satey..

Yang man dah ambil makanan tu sila duduk makan kat mana kosong. Lain kali kami bukak kemah lebih sikit. Memang jumlah tetamu diluar jangkaan. Tapi Alhamdulillah semua tak balik tanpa merasa juadah istimewa kami.

Yang makan kat dalam syok la.. Ada aircond.. Haha..






Tudia. Lemang panas..

Ais Kacang Cendol pon ada. Perati jer akak tu nak ambil dia punya.


Sempat lagi posing akak2 ni.. Terima Kasih keran sudi datang.

Maaf ya.. Tempat tak cukup.. tapi boleh ambik tempat kat mana2 tuan selesa. InsyaAllah untuk yang akan datang kita tambah khemah..

Friday, 29 July 2016

Al-Haura Arabic Kopitiam

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, harini berkesempatan bersama2 dengan famili untuk pergi mencuba nasi arab AL HAURA ARABIC KOPITIAM yang femes tu. Melilau jugak la nak cari tempat, jalan sehala, jalan no entry semua kami redah.

Dah lama tak merasa nasi arab last perkena masa zaman sekolah dulu.. Kesian.kesian.kesian.. sebelum ni asyik bunyi nak makan je, tapi bila ada jamuan yang menghidangkan nasi arab, makanan lain jugak yang menarik perhatian. hihi.

kali ni memang kami sebat bebetul.. ada orang lanjer beb! hihihi makaceh~ 


Al Haura Arabic Kopitiam.
Alamat: 32B, Lorong BLM 1/4, 
Bandar Laguna Merbok.08000 Sungai Petani,Kedah.
012-740 0419
atau
016-802 0419
Waktu Operasi:
Sabtu - Khamis: 12 tgh hari hingga 11 malam.
Jumaat: 2.30 ptg hingga 12 malam.



makanan sampai je terus bergambar tak sudah. kejap ke kiri, kejap ke kanan.. belom masuk lagi dengan angle, lighting, front camera yang tak berapa kena.. adehhh.. yang paling tak menahan perut yang sedari tadi berkeroncong still boleh bersabar. hahaha.



Nasi Arab Ayam 
saiz M untuk 4-5 orang makan..

kami ambek set talam sebab ter-excited dengan cara makan dalam talam tu, padahal kat belakang kami mintak pinggan jugak.. hihihi.. even ber-enam, tapi jenuh berhuhu jugak laa last sekali nak menghabiskan. haha nasi dya sedap dan banyak, isi ayam pon siap boleh meratah sorang sikit.

husna kalau makan apa pon mesti nak kena ada sayur, walaupun hanya sepotong timun dan sekeping salad yang orang letak sebagai hiasan tu.. cakap pasal sayur, salata diorang boleh tahan sedap, licin husna kerjakan.. and end of the day memasing keluar dengan perut boyot muka kekenyangan..:D

after all, inshaAllah ada rezeki boleh repeat lagi.. maybe dengan family husna..:)